Kali Terakhir Dikemaskini: 21 Oktober 2024
Selamat datang ke [Platform GNB Next Level] (“Platform”). Terma Perkhidmatan langganan ini (“Terma”) adalah untuk mengawal penggunaan anda di dalam platform, termasuk akses ke semua kandungan, dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh [GNB]. (“Syarat”) adalah peraturan-peraturan yang digariskan oleh pihak GNB yang mesti dipatuhi oleh para peserta yang melanggan perkhidmatan ini. Dengan melanggan atau menggunakan Platform ini, anda telah bersetuju dengan Terma dan Syarat di bawah. Sila baca dengan teliti sebelum melanggan, mengakses atau menggunakan perkhidmatan kami ini.
1. Penerimaan Terma
Dengan melanggan, mengakses atau menggunakan Platform, anda mengesahkan bahawa:
• Anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Terma ini.
• Anda layak secara sah untuk melanggan, memasuki platform dan mengaksesnya.
• Status anda adalah seorang isteri yang telah berkahwin, seperti maklumat yang telah anda berikan, dan anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketepatan maklumat yang anda serahkan.
2. Akuan Pengguna
• Anda sedang berada di dalam perkahwinan yang sah.
• Semua maklumat peribadi yang anda berikan adalah tepat.
• Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang maklumat palsu yang diberikan.
3. Penyalahgunaan Ilmu
Platform ini menyediakan sumber pendidikan untuk menambah pengetahuan seks, memperbaiki kemahiran seksual, dan meningkatkan kualiti hubungan dan keintiman dalam perkahwinan.
Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda bersetuju bahawa:
Anda tidak akan menggunakan ilmu yang dipelajari untuk tujuan yang tidak bermoral atau secara tidak sah, seperti hubungan di luar nikah atau tingkah laku yang tidak beretika.
Pihak [GNB] tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyalahgunaan ilmu yang diajarkan.
4. Tatatertib Pengguna
Anda bersetuju untuk:
• Menghormati dan mematuhi adab, tatatertib, dan syarat yang ditetapkan dalam Platform.
• Mengambil bahagian dalam diskusi Platform dengan niat yang jujur untuk belajar, tanpa sebarang niat lain.
5. Kerahsiaan
Anda bersetuju untuk menjaga kerahsiaan sepanjang tempoh penyertaan anda dalam Platform dan selepasnya. Khususnya:
• Anda tidak akan mendedahkan atau berkongsi sebarang maklumat peribadi atau perbincangan yang berlaku dalam Platform, kecuali dengan pasangan yang sah.
• Anda tidak akan mengedarkan, berkongsi, atau menyalin sebarang kandungan atau bahan daripada Platform.
6. Pematuhan Peraturan
Anda bersetuju untuk mematuhi semua peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Platform. Sebarang pelanggaran Terma ini boleh menyebabkan pembatalan akses anda ke Platform.
7. Harta Intelek
Semua kandungan, termasuk nota, rakaman, bahan audio, dan video yang disediakan oleh Platform, adalah hak milik intelektual [Gelora Nafkah Batin]. Khususnya:
• Anda dilarang mengambil tangkapan skrin, berkongsi, atau mengedarkan mana-mana bahan tersebut.
• Semua bahan mesti kekal dalam Platform, dan tiada kandungan akan disediakan selepas tamat tempoh langganan anda.
8. Model Langganan
Pembelian anda memberi akses kepada Platform mengikut tempoh langganan yang anda pilih. Dalam tempoh ini:
• Ia adalah tanggungjawab anda untuk mengekalkan komitmen sepanjang tempoh langganan.
• Sebarang e-Book atau bahan tambahan yang dijanjikan seperti di dalam akad langganan akan dihantar kepada anda melalui e-mel dalam tempoh langganan.
9. Penamatan Akses
Platform berhak untuk membatalkan penyertaan anda jika terdapat sebarang maklumat palsu yang diberikan, (seperti) jika didapati anda tidak berkahwin atau lelaki.
10. Pengubahsuaian Terma
GNB berhak untuk mengubah atau mengemaskini Terma ini pada bila-bila masa. Penggunaan berterusan anda terhadap Platform selepas sebarang perubahan menunjukkan penerimaan anda terhadap Terma yang dikemaskini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai platform langganan ini, sila hubungi admin GNB di link tertera > https://t.me/Ummuhusna_dz